Friday, August 21, 2015

[harapan]



SITUASI 1 :

Sebelum trial exam PMR..August 2008..

Ada orang accident kat area rumah aku..dalam pukul 12.30 tengah malam lebih kurang..time tu aku dengan abah bergegas ke sana untuk tengok keadaan dan tolong apa yang patut..mangsa tersebut mangsa langgar lari..arwah naik motor,dalam perjalanan pulang ke rumah..kena langgar dengan kereta..aku dengan abah stay kat tempat kejadian dari awal sampai akhir,sehingga polis datang..semua selesai dalam pukul 2,3 pagi..

Tengah2 tunggu polis datang,aku perhatikan keadaan mangsa seolah olah aku doktor yang incharge untuk case tu..mata aku tidak lepas daripada setiap satu sudut..sehinggakan aku turut analisa cerebrum,cerebellum mangsa..

Melihatkan keadaan itu,hairan mungkin..sehingga menyebabkan kawan abah bertanya.. " kak tak takut ke tengok tu? Pakcik tengok dari tadi lagi kak dok perhatikan mangsa.."
Lantas abah menjawab bagi pihak aku.. " ntah la Mat(tak ingat pakcik tu nama apa),dia ni lain sikit daripada adik dia kalau bab gini..bukan setakat lain dengan adik dia je,bahkan dengan orang lain pun..nak jadi doktor kot kak ni.." Seloroh abah sambil gelak..tapi aku tahu,dalam seloroh dia,ada pengharapan yang besar..malah,sangat besar..ingin melihat aku menjadi insan yang berguna kepada masyarakat..

Abah,dia bukan jenis yang akan bagitau directly apa yang dia inginkan..aku yang kena pandai translate maksud dia..dan untuk aku translate benda tu,tak menjadi masalah sebab dia abah aku dan aku kenal dia,personaliti dia..yang sedikit sebanyak aku warisi..



SITUASI 2 :

Kat dalam kereta..time tu kteorg satu family dalam perjalanan ke rumah nenek aku yang belah abah..malam..seusai solat isyak..banyak benda yang kteorg borakkan.. Tiba di kawasan berbukit (jalan nak ke rumah nenek aku ni beralur, jadi kena naik bukit sikit..), abah berkias.. " kak,dalam kampung ni dah ramai yang jadi cikgu..tapi kan kak,yang jadi doktor baru sorang..tu anak nurse Ani kat selekoh tu ha.."
Ayat tu sampai di situ je..abah tak ulas lanjut pun..tapi,aku analyze situasi dan aku cuba hadamkan maksud abah..I jump into a conclusion.. Harapan abah untuk tengok aku jadi doktor..


Masa aku nak datang egypt,abah kata "takpe kak,anak2 nak belajar, abah takpe habis duit pun..duit kita boleh cari.." Rezeki tu daripada Allah..abah sampaikan nak jual tanah semata mata sebab nak bayar yuran pengajian aku..

Tahun ni tahun ketiga aku kat mesir tapi aku di tahun 2 pengajian..yuran tahun 2 2013/2014 belum terbayar.. Begitu jugak dengan yuran tahun 2 repeat 2014/2015.. Acap kali kalau call abah,abah akan bagitau.. " kak,takpe ke tak bayar yuran lagi ni?abah tak berjaya jual lagi tanah tu..harga yang orang tawarkan tak menepati nilai tanah tu,jadi abah tak jual lagi.." Aku lantas berkata, " abah,takpe je..inshaAllah ada tu rezeki dari Allah.." Jawapan tu dengan nada ceria macam biasa,semata mata tak nak bagi abah detect sebak di hati..hakikatnya apa yang abah rasa,tu la yang aku rasa..

Selalu orang tanya aku.. " yuran dah bayar?" ..lantas aku ceriakan wajah sambil jawab, " belum bayar lagi.." Hakikatnya hati aku meronta, menangis, pedih diajukan soalan sebegitu rupa.. Nak2 ada soalan lanjut lepas tu, " tahun ni je kan yang tak bayar lagi?".. Dalam keadaan hati gundah gulana,diajukan lagi soalan sebegitu.. Aku hanya mampu senyum dan jawab," tahun lepas dengan tahun ni,dua2 tak bayar lagi.."

Nak soalan lagi best.. " tahun ni balik malaysia?" ..dan jawapan aku, " tak,stay kat sini je.." ..lantas orang kata, " nape tak balik?tak rindu family ke?nak buat apa je duk sini?..jom la,balik sekali.."..ada yang pernah bagitau macam ni, " jom la kita balik sekali.." Memandangkan rumah aku dengan rumah dia pun tak jauh.. Sampai satu tahap,tak mampu aku jawab..siapa yang tidak ingin balik,menatap wajah insan yang dirindui..andai duit tu ibarat daun pokok yang senang dikutip,nescaya aku la insan yang akan balik setiap tahun..bahkan setiap bulan aku balik..Aku di sini menanggung beban rindu setinggi gunung..seluas lautan..taraf hidup aku bukanlah seperti kalian..ingin je balik,bila2 masa boleh..aku tidak begitu..keadaan aku tidak begitu..

Kalian mungkin boleh kata kalian faham apa yang aku rasa..hakikatnya kalian cuma faham,bukan rasa..sungguh, besar beza antara faham dan rasa...

No comments:

Post a Comment