Thursday, September 17, 2015



[Tawakal]

Konsep tawakal..tawakal itu bukan bermaksud kita doa tapi tak usaha..tawakal itu bermaksud kita berusaha,dan kita berdoa dan kita serahkan urusan itu pada Allah pada masa yang sama..bahkan tawakal tu bermula sebelum,semasa,dan selepas kita berusaha..

Pernah terbaca satu status fb seorang kenalan ni.. Dan rasa tertarik dengan komen seorang senior medik tahun akhir kat status tu..

Katanya,tawakal tu bukanlah bermula lepas kita dah habis berusaha sepuas hati,sehabis mungkin..

Tapi,tawakal itu sepatutnya bermula sebelum kita usaha dan seiring dengan usaha kita.. The starting point of tawakal is before we start to work hard,during our work hard,and after our work hard..

Andai kata kita berusaha gila2 tapi kita tidak meletakkan tawakal pada Allah saat kita sedang berusaha tu,Allah boleh je tak bagi apa yang kita nak..boleh jadi usaha kita tu akan jadi sia2 dek kerana sikap kita sendiri..sikap seolah2 kita ni hebat dan sombong pada Si Khalik...sebabnya sikap sebegitu melambangkan yang kita seolah2 yakin dengan diri sendiri, yakin seolah2 hanya usaha kita yang menjadi asbab kita berjaya..dan seolah2 Allah ni jalan terakhir yang kita ada,seolah2 Allah ni cuma backup plan kita..

Sedangkan hakikatnya,tanpa nusrah Allah,walau sekuat mana pun usaha kita,tak ke mana juga hasilnya..

Jadi,jom tajdid niat balik..islah diri balik.. اللهم أصلح قلوبنا...

Letakkan tawakal itu seiring dengan usaha..bahkan sebelum saat kita mula usaha lagi..  Dan juga selepas kita berusaha..

"بسم الله توكلنا على الله ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، Ya Allah dengan ini kami bertawakal padaMu untuk segala usaha yang bakal kami kerjakan..moga Kau redha Ya Rabb.."

حسبناالله ونعم الوكيل

Saat diri berbicara tentang ini,aku dalam keadaan sedar.. Andai kata aku teralpa,ingatkan aku kembali tentang ini sahabat..kerana asal perkataan manusia dari bahasa arab itu sendiri membawa maksud " lupa ".. ما أصابك من حسنة فمن الله،وما أصابك من سيئة فمن نفسك


اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
اللهم يامقلب القلوب والأبصار ثبت قلوبنا على دينك
اللهم يا مصرّف القلوب صرّف قلوبنا على طاعتك


Thursday, September 3, 2015

Poby and me


Hi,my name is Poby..
Poby,cause you meant so much for me,I'll love you forever...
Poby,promise that u'll stay with me okay..
Accompany me okay..
Kak escape ngn kakak jap petang ni..

Friday, August 21, 2015

[kelebihan]

Manusia..
Sering melihat apa yang orang ada..
Bukan melihat apa yang dia ada..

Aku tak nafikan,aku salah seorang yang bersikap begitu,sometimes..
Benda gini,ada side effect.. More to the bad one la..dah namanya pn side effect kan..

Bila aku selalu tengok apa yang orang ada,yang aku takde,benda tu memakan diri..Sering kali aku cuba tepis perasaan tu but it keep disturbing me..

Contohnya,aku tengok orang tu ada kelebihan gitu..aku akan bandingkan dengan diri aku yang takde kelebihan tu..hakikatnya aku alpa,Sang Khalik ciptakan manusia berbeza kelebihan dan kekurangan.. Agar hidup saling melengkapi.. Baik sesama akhawat mahupun dengan ikhwah..

Kalau untuk sesama akhawat,korang boleh faham je term tu..atas dasar persahabatan.. Tapi,kalau dengan ikhwah,yang aku maksudkan kat sini,bila mana korang bekerjasama dengan ikhwah..contohnya dalam gerak kerja persatuan ke..tapi gerak kerja tersebut haruslah jaga batas2 syari'e.. Ada benda yang kau tahu,tapi ketua kau tak tahu..ada benda kau tak tahu,tapi ketua kau tahu..jadi,dia counter bahagian yang kau tak tahu dan kau counter bahagian yang dia tak tahu..as simple as that..

Tapi,apakan daya..terkadang aku terbanding jugak kelebihan yang orang ada dengan diri aku..side effect yang aku dapat,rasa inferior..inferiority that will knock me down to the extent I feel hopeless..tapi,Allah tak biarkan hamba Dia down macam tu je.. Dia pujuk..macam2 medium yang Allah guna..tinggal kita je nak bukak mata,bukak hati untuk terima ke tak..

Kalau aku tengok orang ada kelebihan sampai aku down gitu,mungkin aku pun ada terbuat orang rasa down gitu jugak indirectly.. Mungkin ada benda yang orang tengok,yang aku ada dyorang takde,indirectly making them down tapi aku tak sedar benda tu..mungkin..sorry for that feeling..



[harapan]



SITUASI 1 :

Sebelum trial exam PMR..August 2008..

Ada orang accident kat area rumah aku..dalam pukul 12.30 tengah malam lebih kurang..time tu aku dengan abah bergegas ke sana untuk tengok keadaan dan tolong apa yang patut..mangsa tersebut mangsa langgar lari..arwah naik motor,dalam perjalanan pulang ke rumah..kena langgar dengan kereta..aku dengan abah stay kat tempat kejadian dari awal sampai akhir,sehingga polis datang..semua selesai dalam pukul 2,3 pagi..

Tengah2 tunggu polis datang,aku perhatikan keadaan mangsa seolah olah aku doktor yang incharge untuk case tu..mata aku tidak lepas daripada setiap satu sudut..sehinggakan aku turut analisa cerebrum,cerebellum mangsa..

Melihatkan keadaan itu,hairan mungkin..sehingga menyebabkan kawan abah bertanya.. " kak tak takut ke tengok tu? Pakcik tengok dari tadi lagi kak dok perhatikan mangsa.."
Lantas abah menjawab bagi pihak aku.. " ntah la Mat(tak ingat pakcik tu nama apa),dia ni lain sikit daripada adik dia kalau bab gini..bukan setakat lain dengan adik dia je,bahkan dengan orang lain pun..nak jadi doktor kot kak ni.." Seloroh abah sambil gelak..tapi aku tahu,dalam seloroh dia,ada pengharapan yang besar..malah,sangat besar..ingin melihat aku menjadi insan yang berguna kepada masyarakat..

Abah,dia bukan jenis yang akan bagitau directly apa yang dia inginkan..aku yang kena pandai translate maksud dia..dan untuk aku translate benda tu,tak menjadi masalah sebab dia abah aku dan aku kenal dia,personaliti dia..yang sedikit sebanyak aku warisi..



SITUASI 2 :

Kat dalam kereta..time tu kteorg satu family dalam perjalanan ke rumah nenek aku yang belah abah..malam..seusai solat isyak..banyak benda yang kteorg borakkan.. Tiba di kawasan berbukit (jalan nak ke rumah nenek aku ni beralur, jadi kena naik bukit sikit..), abah berkias.. " kak,dalam kampung ni dah ramai yang jadi cikgu..tapi kan kak,yang jadi doktor baru sorang..tu anak nurse Ani kat selekoh tu ha.."
Ayat tu sampai di situ je..abah tak ulas lanjut pun..tapi,aku analyze situasi dan aku cuba hadamkan maksud abah..I jump into a conclusion.. Harapan abah untuk tengok aku jadi doktor..


Masa aku nak datang egypt,abah kata "takpe kak,anak2 nak belajar, abah takpe habis duit pun..duit kita boleh cari.." Rezeki tu daripada Allah..abah sampaikan nak jual tanah semata mata sebab nak bayar yuran pengajian aku..

Tahun ni tahun ketiga aku kat mesir tapi aku di tahun 2 pengajian..yuran tahun 2 2013/2014 belum terbayar.. Begitu jugak dengan yuran tahun 2 repeat 2014/2015.. Acap kali kalau call abah,abah akan bagitau.. " kak,takpe ke tak bayar yuran lagi ni?abah tak berjaya jual lagi tanah tu..harga yang orang tawarkan tak menepati nilai tanah tu,jadi abah tak jual lagi.." Aku lantas berkata, " abah,takpe je..inshaAllah ada tu rezeki dari Allah.." Jawapan tu dengan nada ceria macam biasa,semata mata tak nak bagi abah detect sebak di hati..hakikatnya apa yang abah rasa,tu la yang aku rasa..

Selalu orang tanya aku.. " yuran dah bayar?" ..lantas aku ceriakan wajah sambil jawab, " belum bayar lagi.." Hakikatnya hati aku meronta, menangis, pedih diajukan soalan sebegitu rupa.. Nak2 ada soalan lanjut lepas tu, " tahun ni je kan yang tak bayar lagi?".. Dalam keadaan hati gundah gulana,diajukan lagi soalan sebegitu.. Aku hanya mampu senyum dan jawab," tahun lepas dengan tahun ni,dua2 tak bayar lagi.."

Nak soalan lagi best.. " tahun ni balik malaysia?" ..dan jawapan aku, " tak,stay kat sini je.." ..lantas orang kata, " nape tak balik?tak rindu family ke?nak buat apa je duk sini?..jom la,balik sekali.."..ada yang pernah bagitau macam ni, " jom la kita balik sekali.." Memandangkan rumah aku dengan rumah dia pun tak jauh.. Sampai satu tahap,tak mampu aku jawab..siapa yang tidak ingin balik,menatap wajah insan yang dirindui..andai duit tu ibarat daun pokok yang senang dikutip,nescaya aku la insan yang akan balik setiap tahun..bahkan setiap bulan aku balik..Aku di sini menanggung beban rindu setinggi gunung..seluas lautan..taraf hidup aku bukanlah seperti kalian..ingin je balik,bila2 masa boleh..aku tidak begitu..keadaan aku tidak begitu..

Kalian mungkin boleh kata kalian faham apa yang aku rasa..hakikatnya kalian cuma faham,bukan rasa..sungguh, besar beza antara faham dan rasa...

[sahabat]

#copypaste

[Apa yang sama antara kau dan hujan? Memberi berjuta cerita dan harapan pada Tuhan]

Siapa yang mampu melihat hujan dalam hati kita? Sometimes, life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places.
Aneh…

…taip kali nama kau hadir, tiap kali itu juga air mata akan mengalir.

Kau seperti hujan,

Datang tiba-tiba lalu pergi meninggalkan seribu cerita.

….

Hujan.

Teragak-agak dia nak melangkah.

“Haih. Aku tak suka hujan. Redah je lah! 1 2 3!”

Dia pelik. Aik. Kenapa tak basah?

Dia tengok atas. Payung? Cepat-cepat dia toleh sebelah.

Siapa dia ni?

Gadis tersebut tersenyum manis.

“Shall we?” Gadis itu senyum lagi.

….

“Nah. Aiskrim.”
“Apesal tetiba?”

“Sebab aku suka makan aiskrim bila aku sedih.”
“Makan aiskrim waktu hujan?”

*angguk*

Sepi.

“Hidup tanpa ujian bukan hidup namanya. Tapi mimpi. Tak salah kalau nak menangis. Yang salah bila lepas nangis tapi tak nak bangkit balik.”

*sepi lagi*

“Dia tu baik. Aku tak. Bukan ke orang baik selalu dapat orang baik.”

“Definisi baik itu ikut definisi baik Allah. Kau usaha la bagi sama level dengan dia. Then doa banyak-banyak.”

“Aku tahu siapa aku. Tak baik.”

“Selagi ada nafas, selagi ada hidayah dalam hati, tak ada istilah terlambat untuk berubah jadi baik. Meskipun nanti kau tak berjodoh dengan dia.”

“Banyak dosa aku da buat. Aku rasa down. Sedih. Loser.”

“Tak payah cerita aib kau. Biar Allah je tahu. Tak pe pun rasa sedih, rasa down atau rasa loser. Kadang semua tu yang bawa kita pada Allah. Bila kita nangis dan tak berdaya, tu la tandanya kita ni hamba.”

Capai tangan dan senyum segaris.

“Kau tahu. Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya. (Imam Syafie)”

*Tarik nafas.*

“Kalau mungkin satu hari nanti dia memang jodoh kau, tu hanya sebab Allah tak pernah silap mengatur jodoh.”

“Aku mungkin tak dapat orang yang aku cintai tapi Tuhan ganti dengan sahabat sejati.”

….

“Kenapa sedih?”
“Eh. Siapa cakap aku sedih?”

“Tu. Makan aiskrim waktu hujan.”

Pandang dan senyum kelat.

“Tahu apa maksud iman?”

*Jeda*

“Mempercayai dengan hati, mengakui dengan lisan dan beramal dengan anggota. Selagi ada iman, walau senipis kulit bawang, selagi tu tetap ada ruang untuk jadi baik.”

*tiada respond*

“Didik diri macam mana kecewa pun dengan hidup, macam mana tertekan pun dengan ujian, kena kuatkan iman. Cari Allah semula walau kau rasa kau teruk sebab cari Allah masa kau susah je. Tapi, sekurang-kurangnya kau tahu yang akhirnya kau kena balik pada Allah. Terkadang dalam hidup ni kita rasa seakan nak putus asa tapi kemudian kita tersedar yang rahmat Allah itu luas. Life breaks us all but in the end we’re stronger in the broken places. Have faith and trust in Allah.”

“Kau tak tempuh apa yang aku lalui. Kau tak rasa apa yang aku rasa.” Nada mendatar.

“Aku mungkin tak rasa apa yang kau rasa. Aku mungkin tak lalui apa yang kau dah lalui. Bak kata kau, dunia setiap orang tak pernah sama. Tapi entah macam mana, aku yakin kau mesti boleh tempuh dan rempuh masalah tu. Keep being strong. Mana sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Al-insyirah: 5-6)”

“Things are easier said than done.”

“Aku tahu tiada kata-kata yang boleh hilangkan keresahan kau. Tapi aku boleh teman kau walk through it. Sebab kita kawan Lillahi Taala. Kuatlah seperti selalu. Walau terkadang rasa tak mampu.”

“Aku tak kuat.“

“Tahu. Sebab tu kau kena minta kekuatan dekat yang Maha kuat.”

“Aku sebenarnya cemburu dengan kau. Yang dalam diam, kau sendiri jadi penguat untuk orang lain walau kau sendiri terkadang tak sedar hakikat itu.”

“Kau akan jadi kuat, lebih kuat dari aku.”

Awak, banyakkan senyum. Senyum itu terapi jiwa.

Dah lama saya tak nampak awak senyum. Macam dulu-dulu. Tolong senyum macam tu lagi.

Bersemangat dan bercahaya.

….

“Sepanjang kita berkawan ni, aku pernah buat kau terasa hati tak?

“Bukan sahabat kalau tak pernah makan bersama, tidur bersama buat perkara gila-gila dan bergaduh manja. It is just to prove that the friendship is strong enough to survive.”

*Jeda*

“After all this, I still and will love you more. Sahabat sejati takkan pernah berubah hati.”

“Walau mendung langit Tuhan tak bermakna ini adalah pengakhiran kerana mungkin itu petanda kepada satu permulaan. Permulaan kepada kehidupan dan kebahagiaan.”

“Sahabat akhirat tu bila dia langsung tak kisah kau cari dia hanya waktu kau susah.

….

“Alhamdulillah. Hujan.” Senyum.

“Kenapa kau suka hujan?”

“Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”

“Lagi?”

“Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.

Tangan ditarik.

“Eh! Apa ni apa ni!”
“Jom main hujan!” Kenyit mata.

“Taaakkkk naaaakkkk!!”

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan.

Maka, percaya dan yakin pada Allah.

Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

….

Aku lihat langit. Cerah.

Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?

Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?

Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?

Apa yang sama antara kau dan hujan?

-Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku.

Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.

Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

Sahabat.

Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.

Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.

Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.

Kau,
Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.


Thursday, August 20, 2015

[selalu bersama]

Tengah2 duduk,ada yang tanya pasal lagu ni tapi full version punya..tapi yang aku ada,chorus je..so,cari la mp3 nk download,tp x jumpa..tetiba tergerak hati nak bukak YouTube, cari kat situ..

Bila dh bukak kat YouTube,terdiam kejap..throwback winter tahun ni..lagu ni ulang kali terpasang kat laptop di satu sudut dalam bilik..aku keluar umah,dengar lagu ni terpasang..aku balik umah,lagu ni jugak..dan lagu2 lain dr album UNIC..tambah2 dalam masa terdekat tu ada konsert UNIC kt Kasr El-Aini,Kaherah..makin rancak bilik dengan lagu2 ni..yang pasang lagu,orang lain..aku tukang dengar je,join sekaki..

Betul la orang cakap,kadang2 yang kita ada,memori..rasa nak kembali ke masa tu,sebab banyak benda yang memorable..time tu,walaupun jadual penuh tapi masih mampu tercipta banyak cerita..suka duka gelak ketawa nangis sedih semua ada..

#acer
#selalubersama
#winter2015
#timespassed


Andai kau rasa
Indahnya cinta
Kau ingin selalu bersama

Setiap saat
Setiap waktu
Seakan tidak jemu

Begitulah jiwa
Yang kekosongan
Iman jangan dipisahkan

Saat kau hadir
Memberi kekuatan
Membakar semangat perjuangan

Jagalah dia
Hiasilah dia
Agar sentiasa bersedia

Allahumma ahyina bil iman,
Allahumma amitsna bil iman,
Allahummah syurna bil iman,
Wa adkhilnal jannata ma'al iman,

Ya Allah hidupkan kami dengan iman
Ya Allah matikan dalam iman
Ya Allah bangkitkan kami dengan iman
Dan masukan ke syurgaMu dengan iman

Terkadang selalu leka dan alpa
Itu lumrah manusia
Segeralah mohon taubat padaNya
Keampunan juga keredhaan
Selalu Bersama


[home-raef]

I’ve been through sunshine

Made friends with the moonlight

Traveled the ancient lands

And sailed across the seas

I’m free when I think and fight for what’s right

Ain't nobody gonna tread on me

A place I’d call mine and yours forever

This land was made for you and me, yeah!


Ain't no place like home, they say

Home is where that heart is, home is where your love is

Ain't no place like home where I’ll be me, me, me, yeah!

Ain't no place like home, they say

Home is where that heart is, home is where your love is

Ain't no place like home where I’ll be free, free, free, yeah!

Our lakes they praise the Great

Through the Mississippi valley

Our smiles they shine from sea to sea

In Him we’ll all trust, be free forever

Home of the brave is where I’ll be

From York that’s all new, to the city of Angels,

God bless this land for you and me, yeah!


All I know is  Love can feel so good

When we know it brings us close to

Home-sweet-home where

Your mind can set you free… Yeah!